Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Air Button – Butang Tambahan Untuk Peranti Android

Kami menggemari peranti iOS kerana ia mempunyai sebuah butang khas pada bahagian sisi yang mengaktifkan mod senyap sekiranya anda tidak mahu diganggu. Kami juga gemar peranti Xperia kerana mempunyai butang khas untuk melancarkan aplikasi kamera. Butang tambahan selain dari butang suara dan kuasa ini malangnya tidak wujud pada kesemua peranti pintar. Ia diperlukan bagi memudahkan proses melakukan sesuatu fungsi tanpa perlu mengaksesnya dari skrin peranti.

Air-Button-1

Air Button ialah butang akses pantas yang boleh digunakan oleh setiap peranti Android yang mempunyai sokongan NFC. Ia hanya perlu dilekatkan pada pengesan NFC peranti dan kemudian diprogramkan menggunakan aplikasi khas. Terdapat 30 fungsi boleh anda pilih seperti menghidupkan lampu suluh, melancarkan kamera, melakukan panggilan, mengaktifkan aplikasi muzik ataupun mengaktifkan penggera ketika kecemasan. Terdapat dua versi Air Button dihasilkan iaitu satu ataupun dua butang. Ia tidak memerlukan sebarang bateri untuk berfungsi kerana hanya menggunakan sistem tag NFC. Air Button juga boleh ditanggalkan dan dipasang semula sebanyak beberapa kali sebelum pelekat perlu digantikan. Satu set Air Button dijual pada harga $15 untuk versi satu butang dan $19 untuk versi dua butang.

Air-Button-3

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Air Button – Butang Tambahan Untuk Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info