Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MICHAEL ANG & EDRY KRU KINI BERDAMAI



Dunia hiburan menjadi agak kecoh sejak kebelakangan ini hanya kerana isu tidak puas hati Michael Ang terhadap kemenangan Sufi pada AF2015 sehingga berlaku salah faham antara Michael dan Edry KRU yang mengatakan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapatnya kerana tidak arif dalam bidang muzik.

Macam-macam komen yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak sehingga isu berkenaan menjadi viral.

Klik gambar untuk size besar


Terbaru, Michael nampaknya sudah menamatkan persengketaan bersama Edry apabila mereka baru-baru ini bertemu dalam satu majlis pelancaran sebuah program baharu di Astro. Berita tersebut disampaikan melalui Instagram miliknya dimana beliau sempat bergambar dengan Edry.

Baguslah kalau mereka berdua sudah berdamai, tidak perlu nak panjangkan isu yang agak kecil sebegini. Apa-apapun keputusan sudah dibuat, lagipun berapa lama nak bermasam muka, Michael dan Edry dalam satu industri yang sama mesti akan bertemu jua.



         ________________________






Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MICHAEL ANG & EDRY KRU KINI BERDAMAI"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info