Rinspeed ialah syarikat yang terkenal dengan kenderaan konsep mereka yang berfikir di luar kotak. Sebelum ini mereka ada menghasilkan Rinspeed sQuba, sebuah kereta yang boleh berubah menjadi sebuah kapal selam. Tahun lalu mereka menghasilkan Rinspeed XchangeE, kenderaan elektrik panduan sendiri yang mempunyai kokpit yang boleh menjadi sebuah pejabat bergerak. Kali ini mereka memperlihatkan sebuah lagi kenderaan konsep dengan idea yang unik iaitu Rinspeed Σtos.
Σtos masih lagi sebuah kenderaan panduan sendiri tetapi turut mempunyai sebuah dron terbina pada bahagian belakang. Dron ini boleh digunakan untuk menghantar barang kepada individu tertentu tanpa kenderaan berhenti. Tiada lagi masalah meletakkan kereta di tepi jalan yang menyebabkan kesesakan jalan raya di masa hadapan. Selain daripada dron terbina, stereng Σtos akan disimpan secara automatik ketika pemanduan automatik. Sama seperti XchangeE, panel dalaman Σtos akan berubah menjadi paparan audio visual bagi membolehkan penumpang melakukan kerja atau menikmati tayangan filem.
Rinspeed Σtos akan dihasilkan secara fizikal dan dipaparkan pada pameran CES 2016 tahun hadapan. Adakah kenderaan dengan dron terpasang akan menjadi perkara normal di masa hadapan? Sebagai pemandu di Malaysia kami mahukan sistem automatik yang akan menyalakan lampu isyarat sebelum kenderaan bertukar lorong. Jika sistem membaca fikiran pemandu Malaysia ini wujud, masalah kemalangan mungkin dapat dikurangkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Rinspeed Σtos – Kenderaan Panduan Sendiri Dengan Dron Terbina"