Sembang Maniac

Sembang-sembang je

JomFishing – Laman Sosial Dan E-Dagang Memfokuskan Kepada Kaki Pancing

Bagi mereka yang gemar memancing, salah satu laman baru yang telah diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia adalah JomFishing. JomFishing ingin memfokuskan untuk menjadi laman sehenti bagi para kaki pancing tempatan yang terdiri daripada kedai atas-talian, komuniti dan kebolehan untuk membuat perancangan untuk aktiviti memancing anda.

JomFishing

Buat masa ini, JomFishing masih pada fasa awal pengenalan, dan mereka hanya mengaktifkan sokongan jualan atas-talian dimana membolehkan pengguna membeli joran dan peralatan memancing lain, dan juga kebolehan untuk membuat tempahan dan perancangan aktiviti memancing anda.

Dalam masa terdekat, pihak JomFishing merancang untuk memperkenalkan fungsi dinamakan FishTalk yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain serta berkenalan dan berkongsi pendapat mengenai memancing. Satu lagi fungsi yang bakal diperkenalkan adalah FishMarket, membolehkan pengguna untuk menjual barangan atau joran terpakai mereka, selain turut membolehkan mereka menjual hasil tangkapan.

JomFishing turut mengatakan mereka akan memperkenalkan aplikasi mudah-alih tidak lama lagi.

Layari : JomFishing


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "JomFishing – Laman Sosial Dan E-Dagang Memfokuskan Kepada Kaki Pancing"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info