Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 6S Plus Dilaporkan Mengalami Kelembapan Berbanding iPhone 6S

Dua minggu lalu timbul isu #ChipGate apabila peranti iPhone 6S dan 6S plus didapati menggunakan dua cip berbeza. Dua cip yang dihasilkan oleh TSMC dan Samsung memberikan markah penanda aras serta ketahanan bateri yang berlainan. Pihak Apple segera mengatakan perbezaan di antara dua cip ini adalah hanya 2-3% dan tidak begitu ketara. Kini muncul sebuah lagi masalah yang melibatkan kelembapan pada animasi transisi 6S Plus berbanding 6S.

Dari video oleh selebriti Youtube terkenal Erica Griffin di bawah, jelas kelihatan animasi transisi pada 6S Plus nampak sedikit perlahan dan tidak selancar animasi yang sama pada 6S. Adakah kelembapan pada animasi ini diakibatkan oleh resolusi skrin 6S Plus yang lebih besar. Harus diingatkan resolusi pada 6S adalah 750 x 1334 pixel berbanding 1080 x 1920 pixel pada 6S Plus.Sebagai pengguna peranti Android harus kami akui masalah kelembapan animasi ini boleh dianggap sebagai masalah biasa. Ia boleh dilihat pada majoriti peranti Android yang pernah kami ulas di makmal Amanz. Namun kami sedari pengguna iPhone sentiasa mengharapkan kualiti terbaik dalam segala aspek peranti mereka. Masalah seperti ini tidak boleh dipandang ringan apabila membeli sebuah peranti premium.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 6S Plus Dilaporkan Mengalami Kelembapan Berbanding iPhone 6S"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info