Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Helpr Menerima Suntikan Dana Daripada 500 Startups

Terdapat beberapa perkhidmatan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pekerja rencam melalui SMS, dan salah satu perkhidmatan yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas di Malaysia adalah Helpr. Helpr dimulakan oleh tiga bekas pekerja Groupon Malaysia, dan hari ini mereka mengumumkan penerimaan suntikan dana daripada pihak 500 Startups.

Helpr

Nilai suntikan dana yang diterima tidak diumumkan oleh Helpr mahupun 500Startups. Namun, menurut mereka, ia akan membantu mereka dalam pemasaran, selain amat berguna untuk digunakan bagi memperluaskan penawaran mereka ke beberapa negara berdekatan yang lain.

Helpr

Helpr menawarkan perkhidmatan pekerja rencam, dimana pengguna boleh memohon sebarang bantuan perkhidmatan atau ingin membeli produk melalui perkhidmatan SMS, WhatsApp, atau Facebook Messenger – dan pihak Helpr akan menawarkan harga untuknya termasuk penghantaran. Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan Helpr, boleh memulakannya dengan menghantar START kepada 0193596194.

Layari : Helpr


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Helpr Menerima Suntikan Dana Daripada 500 Startups"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info