Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Play Games Bakal Membawakan Sokongan Merakamkan Permainan Pada Android

Google hari ini mengumumkan fungsi baru pada Google Play Games, yang mana membolehkan para pengguna merakamkan skrin permainan mereka, dan seterusnya berkongsi ia terus dengan rakan-rakan lain melalui YouTube atau perkhidmatan lain.

Seperti ramai sedia maklum, Play Games hadir terbina pada peranti Android, memfokuskan kepada membolehkan pengguna bersaing dengan rakan-rakan lain dalam melihat kedudukan skor, disamping pada masa yang sama melihat apakah permainan yang dimainkan rakan-rakan, atau turut digunakan untuk sync data antara peranti menggunakan akaun sama.

Google Play Games

Google Play Games

Google Play Games

Penambahan fungsi kebolehan merakamkan skrin ini semestinya digemari ramai pengguna – apatah lagi pelbagai permainan yang kini mempunyai peminatnya tersendiri pada platfrom mudah-alih, dari Candy Crush sehinggalah kepada Clash of Clans dan sebagainya.

Menggunakan Google Play Games, ia memaparkan butang rakam ketika skrin loading permainan. Pengguna seterusnya boleh menetapkan sama ada ingin memperlihatkan wajah ataupun sebaliknya – dan pada masa yang sama menambah komentar ketika sedang memainkan permainan berkenaan.

Fungsi ini akan diperkenalkan untuk pengguna Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan kepada pengguna seluruh negara secara berperingkat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Play Games Bakal Membawakan Sokongan Merakamkan Permainan Pada Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info