Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan OnHub Kedua – Dibangunkan Oleh Asus

Google tidak lama sebelum ini telah memperkenalkan peranti baru mereka yang dinamakan sebagai OnHub, yang mana merupakan sebuah penghala (router) yang direkabentuk dengan cantik, serta menawarkan akses WiFi yang pantas melaluinya.

Hari ini, Google bersama-sama Asus mengumumkan satu lagi produk OnHub baru, yang mana membawakan rekaan berbentuk silinder, serta menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan Wave Control.

Asus OnHub

Melalui Wave Control ini, anda boleh melambai tangan diatasnya, untuk mempercepatkan kelajuan rangkaian untuk sesuatu peranti yang dihubungkan kepadanya. Sebagai contoh, mungkin anda ingin mempercepatkan kepantasan muat-turun untuk kemaskini sesuatu peranti, dan ini akan membuatkan segala kelajuan tertumpu untuknya dan mempercepatkan proses berkenaan. Google tidak berkongsi lanjut berkenaan bagaimanakah fungsi ini berfungsi sepenuhnya buat masa ini.

Disamping itu, seperti biasa, pengguna juga turut boleh memantaunya melalui aplikasi OnHub yang disediakan oleh Google.

Buat masa ini, OnHub daripada Asus ini hanya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada mereka merancang membawanya ke pasaran luar atau sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan OnHub Kedua – Dibangunkan Oleh Asus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info