Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Xiaomi Redmi Note 2 Pro Tertiris – Binaan Logam Dan Pengimbas Cap Jari Terbina

Redmi Note 2 ialah phablet yang dilancarkan oleh Xiaomi Ogos yang lalu. Ia menerima sambutan hangat dari pengguna China dengan jualan mencecah 800 000 unit dalam masa 12 jam. Sebuah gambar yang didakwa Redmi Note 2 Pro tertiris dan menunjukkan beberapa perbezaan besar berbanding model asal. Tidak seperti Redmi Note 2, tubuh versi Pro kini adalah diperbuat daripada logam. Sebuah pengimbas cap jari terbina turut disertakan pada panel belakang.

Dari segi spesifikasi lain ia masih mengekalkan skrin 5.5″ FHD, pemproses MediaTek Helio X10, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik juga sama iaitu 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Harga jualan dianggarkan sekitar 999 Yuan (RM 672 ) dan ianya dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Redmi-Note-2-Pro



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Xiaomi Redmi Note 2 Pro Tertiris – Binaan Logam Dan Pengimbas Cap Jari Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info