Facebook sebagai laman sosial terkemuka, telah turut menjadi laman sehenti untuk beberapa perkara – termasuk permesejan, menguruskan acara, mahupun untuk berbincang secara berkumpulan. Kini, Facebook turut menguji sebuah fungsi baru yang memfokuskan kepada e-dagang.
Melalui ujian yang kini diperlihatkan kepada segelintir pengguna – terutamanya di Amerika Syarikat, Facebook menambah sebuah tab khas pada bahagian Nearby Friends, Groups dan sebagainya, dinamakan sebagai Shopping. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk menemui barangan yang menarik minat anda berdasarkan kepada penggunaan anda di platform Facebook.
Untuk peniaga yang terpilih untuk ujian ini, mereka boleh memaparkan harga jualan, apa yang ditawarkan termasuk butang pembelian atau untuk menyimpan produk berkenaan untuk dibeli pada masa depan.
Dengan integrasi Facebook Shopping ini, ia sekaligus terus memperluaskan penggunaan platform Facebook – dan memberikan lebih sebab mengapa anda tidak perlu meninggalkan laman berkenaan. Ia juga turut mungkin akan menjadi titik tolak untuk Facebook memperluaskan penggunaan platform pembayaran mereka.
Buat masa ini, ia masih diuji secara terhad dan mungkin mengambil masa yang lama lagi sebelum diperkenalkan untuk pengguna tempatan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Halaman Khusus Memfokuskan Kepada Jual-Beli Dan E-Dagang"