Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Memperkenalkan Message Requests – Membolehkan Anda Menghantar Mesej Walau Tidak Dikenali

Facebook hari ini telah memperkenalkan satu lagi fungsi baru pada perkhidmatan Facebook Messenger mereka, iaitu Message Request. Melaluinya, pengguna boleh menghantar mesej kepada sesiapa jua dalam rangkaian sosial berkenaan, dan tidak lagi perlu menambah mereka sebagai rakan terlebih dahulu.

Facebook Message Request

Sebelum ini, Facebook sedia menyokong fungsi berkenaan, tetapi mesej yang dihantar berkenaan akan hadir didalam folder dinamakan “Other”. Folder berkenaan boleh dikatakan tidak diketahui oleh ramai pengguna, malah ada yang tidak pernah menyemaknya langsung.

Kini, semua mesej yang bukan daripada rakan anda akan dikategorikan dibawah apa yang dinamakan sebagai Message Request, dan diperlihatkan pada Inbox. Melaluinya, anda boleh membuka ia, dan seterusnya membalas jika ingin dikehendaki, atau memilih Ignore untuk mengabaikannya.

Fungsi ini, seperti biasa ditawarkan sebagai kemaskini berperingkat, dan akan diperkenalkan kepada semua bermula daripada hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Message Requests – Membolehkan Anda Menghantar Mesej Walau Tidak Dikenali"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info