Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Assassin’s Creed Syndicate Edisi PC Ditangguh Ke 19 November

Berita kurang enak bagi penggemar siri Assassin’s Creed yang menggunakan PC. Assassin’s Creed Syndicate yang sepatutnya mula dijual 23 Oktober ini ditangguh penjualannya ke 19 November. Penangguhan hampir sebulan berbanding edisi PlayStation 4 dan Xbox One ini dilakukan bagi melakukan pelbagai optimasi sekaligus mengurangkan masalah pada platform PC. Pihak Ubisoft Kiev kini sedang memastikan permainan ini dapat berjalan lancar pada resolusi 1080P 30 FPS.  Penangguhan ini pastinya menimbulkan kemarahan pengguna PC yang baru sahaja minggu lalu diberitahu Rainbow Six Siege juga akan ditangguh sehingga Disember.

Assassin's Creed: Syndicate

Kedua-dua permainan ini dibangunkan oleh Ubisoft yang banyak menerima tempelak kerana menghasilkan permainan yang tidak lancar selepas dijual sejak kebelakangan ini. Ini adalah perkara yang semakin kerap berlaku kerana permainan komputer kini semakin rumit untuk dihasilkan. Jika dahulu permainan seperti Mega Man hanya memerlukan 8 orang untuk menyiapkannya. Permainan moden seperti GTA V pula memerlukan ratusan individu untuk menyiapkannya. Secara peribadi kami tidak kisah menunggu permainan dilancarkan asalkan ia tidak menyebabkan kami terasa seperti membazir duit kerana ia mempunyai terlalu banyak pepijat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Jualan Assassin’s Creed Syndicate Edisi PC Ditangguh Ke 19 November"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info