Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Ingin Mencabar YouTube Dengan Menguji Halaman Hab Khusus Untuk Video

Facebook sejak awal tahun ini agak memberikan perhatian lebih kepada perkongsian video yang dilakukan melalui platform mereka, malah turut diperkatakan telah mula berbincang dengan sejumlah penerbit kandungan untuk menerbitkan video terus pada platform Facebook terlebih dahulu – seperti dilakukan kebanyakkan pengguna di YouTube.

Kini, dalam usaha terus menarik ramai penerbit kandungan dan juga pengguna untuk menonton video di Facebook, mereka turut mengumumkan percubaan untuk sebuah hab khusus untuk video.

Facebook Video

Melalui hab khusus ini, pengguna boleh melihat pelbagai video yang dikongsikan oleh rakan-rakan, Pages yang diikuti, video yang popular di Facebook, dan juga video yang telah anda tonton sebelum ini.

Facebook turut mengatakan mereka sedang menguji bentuk baru paparan video di Facebook – sebagai contoh video akan float pada bahagian tepi apabila anda terus menatal di Facebook – membolehkan anda melihat video berkenaan dan pada masa yang sama mengikuti perkembangan lain di laman sosial popular berkenaan.

Dengan fokus terhadap video ini, bukan sahaja Facebook boleh mengekalkan pengguna menggunakan laman sosial berkenaan untuk pelbagai perkara – tetapi pada masa yang sama boleh menarik pengiklan untuk mengiklankan dalam bentuk video pada laman sosial berkenaan.

Beberapa fungsi baru seperti Suggested Video telah mula diuji dikalangan pengguna iPhone bermula hari ini, dan ia dijangka diperluaskan ke platform Android tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Ingin Mencabar YouTube Dengan Menguji Halaman Hab Khusus Untuk Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info