Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ELE – Jam Tangan Android Wear Oleh Elephone Dengan Harga Mampu Milik

Pasaran jam tangan pintar kini dipenuhi dengan pelbagai rekaan menarik dengan sistem operasi yang berbeza. Dua sistem operasi yang paling popular ialah Android Wear dan Watch OS. Majoriti peranti boleh-pakai yang menggunakan sistem operasi tadi dijual pada harga yang agak mahal. ELE ialah jam tangan pintar Android Wear dari Elephone yang dijual pada harga yang mampu milik sekitar $115.

Elephone ELe 1

Jam tangan ini mempunyai skrin bulat  1.5″ beresolusi 320×320 pixel, diperkasakan pemproses 1.2 GHz MediaTek MT2601, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte. Bateri pula  adalah sebesar 400 mAh yang menjamin penggunaan sehingga 80 jam. Ia diperbuat daripada logam dan mempunyai ketahanan IP67. Pada waktu yang sama terdapat pilihan tali yang turut diperbuat daripada logam ataupun kulit.Dengan harga yang lebih marhaen ini mungkin anda tidak perlu berfikir dua kali untuk akhirnya memiliki sebuah jam pintar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ELE – Jam Tangan Android Wear Oleh Elephone Dengan Harga Mampu Milik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info