Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Bakal Menambah 1500 Tapak Pemancar 4G LTE Menjelang Akhir Tahun

Bermula suku keempat tahun ini banyak kemaskini dan berita telah dikongsikan syarikat telekomunikasi. Digi pada hari ini telah berkongsi yang mereka telah mencapai sasaran yang ditetapkan mereka, serta bercadang melengkapkan lagi 1500 tapak pemancar 4G LTE di seluruh Malaysia bagi membolehkan lebih ramai pengguna mereka menikmati rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi.

Untuk tahun ini, mereka telah menyasarkan untuk menambah kawasan liputan sebanyak 45% di seluruh Malaysia dengan rangkaian 4G LTE dan dengan tempoh berbaki kurang dari 3 bulan ini sebanyak 1500 tapak pemancar 4G LTE baru akan didirikan. Sehingga kini, 50% kawasan berpenduduk di Malaysia telah diliputi perkhidmatan 4G LTE mereka manakala rangkaian 3G mereka telah meliputi 87% kawasan di seluruh Malaysia. Untuk kawasan Lembah Klang, seluas 80% telah diliputi dengan rangkaian 4G LTE dan selepas ini lebih banyak bandar utama akan diliputi 4G LTE.

Untuk tahun akan datang mereka menyasarkan untuk meliputi lebih banyak kawasan di Malaysia serta menambah penawaran produk yang menarik peminat pengguna untuk menggunakan 4G berbanding 3G. Malah sebelum ini penawaran iFlix dengan pelan mereka juga diterima baik oleh pengguna mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Digi Bakal Menambah 1500 Tapak Pemancar 4G LTE Menjelang Akhir Tahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info