Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Castrol Nexcel – Sistem Mengganti Minyak Hitam Dalam Masa 90 Saat

Sekiranya anda memiliki kenderaan anda pasti benci masa yang terbuang menanti kenderaan anda diselenggara di pusat perkhidmatan kereta. Penyelenggaraan perlu dilakukan setiap beberapa puluh ribu kilometer bagi memastikan enjin anda dapat mengelakkan kerosakan seterusnya menjamin keselamatan apabila dipandu. Harus kami akui kami kerap kali terlepas tarikh selenggara kerana kesukaran mencari masa terluang. Anda proses selenggara yang wajib dilakukan ialah penukaran minyak hitam dan penapis minyak. Proses ini mengambil masa yang lama dan mengotorkan tangan. Di Castrol mereka baru sahaja mencipta Nexcel, sistem baru yang akan merubah bagaimana minyak hitam dan penapis minyak di tukar.

castrol-nexcel-001-1

Sistem Nexcel ialah sistem penapis minyak dan minyak hitam yang diletakkan di dalam bekas khas yang kelihatan seperti sebuah bateri. Apabila tiba kedua-dua benda ini perlu ditukar, Nexcel hanya perlu diangkat keluar dan digantikan dengan yang katrij yang baru. Keseluruhan proses gantian hanya memakan masa 90 saat. Buat masa ini sistem Nexcel hanya wujud pada sebuah kereta Aston Martin.Castrol berharap ciptaan mereka akan digunapakai oleh pengeluar lain kerana jauh lebih pantas, bersih dan mudah berbanding sistem yang bergantung kepada tarikan bateri sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Castrol Nexcel – Sistem Mengganti Minyak Hitam Dalam Masa 90 Saat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info