Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blocks – Jam Tangan Pintar Android Wear Modular Kini Dilancarkan Di Kickstarter

Sekiranya anda ingat, tahun lalu ada kami paparkan konsep jam tangan pintar modular Blocks. Tali jam Blocks adalah komponen jam yang boleh ditukar ganti mengikut keperluan pemakai. Sebagai contoh sekiranya jam kehabisan bateri, komponen bateri boleh ditanggalkan dan digantikan dengan komponen baru. Tidak perlu menanti jam tangan dicas sebelum boleh dipakai seperti jam tangan pintar yang lain. Projek ini pada awalnya ingin dilancarkan di laman Kickstarter Jun lalu tetapi ditangguhkan kerana prototaip gagal dihasilkan.

Blocks-jam-tangan-pintar-1

Kini Blocks secara rasmi dilancarkan di laman pengumpulan dana awam Kickstarter. Blocks mempunyai skrin bulat 1.5″ dengan resolusi 360×360 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 400, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 5 Gigabyte. Sistem operasi Android Wear digunakan kerana ianya platform jam tangan pintar yang popular. Model asas Block dengan 4 modul yang dipilih sendiri pengguna dijual pada harga seutas bermula  dari $285. Antara modul yang ditawarkan ialah GPS, SIM, barometer, NFC, notifikasi LED, pengimbas cap jari, kamera, pengimbas tahap tekanan tubuh, pembaca kualiti udara dan memori dalaman tambahan.

Konsep kini sudah semakin hampir akan menjadi realiti. Sekiranya anda mahukan jam tangan pintar yang boleh diubahsuai mengikut keperluan peribadi inilah satu-satunya yang menawarkannya setakat ini.

Blocks-jam-tangan-pintar-2  Blocks-jam-tangan-pintar-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Blocks – Jam Tangan Pintar Android Wear Modular Kini Dilancarkan Di Kickstarter"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info