Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 8 Pro – Memenuhi Segala Keperluan Harian Anda

Seperti biasa penghujung tahun bakal tiba dan menghadirkan pelbagai peranti baru di pasaran. Dengan lambakan peranti baru ini, pastinya ramai diantara anda yang berfikir peranti manakah yang sepatutnya dimiliki. Adakah berbaloi untuk membeli peranti lama yang sudah kurang harganya, atau peranti terkini yang maju namun sedikit mahal harganya ?

Jika anda memperuntukkan sekitar RM 2,000 untuk memiliki peranti terkini, anda sebenarnya sudah mampu memiliki peranti berspesifikasi tinggi dari Honor. Sungguhpun Honor 8 Pro disasarkan dengan fokus terhadap gaming, ia juga mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri yang sangat baik untuk kegunaan harian, walaupun anda bukan seorang gamer.

Lima ciri-ciri berikut merupakan sebab-musabab kenapa Honor 8 Pro memenuhi segala keperluan harian anda.

Kapasiti Bateri Dengan Waktu Bertahan Lama

Pada masa kini dengan gaya penggunaan harian yang dibanjiri kemaskini dari media sosial mahupun melakukan kerja secara on-the-go, kapasiti dan ketahanan bateri adalah satu faktor terpenting. Peranti seharusnya bertahan pada masa yang agak lama, sekurang-kurangnya menghampiri sehari tanpa perlu dicas semula.

Pada Honor 8 Pro, baterinya berkapasiti 4,000 mAh dan mampu memberikan penggunaan selama 2 hari untuk penggunaan biasa. Walaupun tidak mempunyai fungsi pengecasan pantas, teknologi pengecasan 9V/2A mampu memendekkan tempoh pengecasan penuh 100% iaitu sekitar 1 jam 45 minit bagi melakukannya.

Baik Untuk Fungsi Hiburan

Bagi tujuan hiburan, sesuatu peranti itu bukan sahaja perlu memiliki kapasiti bateri yang besar, malah kualiti paparan yang bagus. Menariknya, Honor 8 Pro menyediakan paparan bersaiz 5.7-inci LTPS IPS pada resolusi 2K, dengan ketumpatan pixel 515ppi. Pada spesifikasi sebegini, anda boleh menggunakan fungsi realiti-maya pada peranti ini dengan pengalaman pandangan yang sangat baik.

Prestasi Untuk Multitasking Yang Bagus

Semua gamer peranti mudah-alih inginkan peranti yang boleh beroperasi lancar tanpa sela masa dan juga lag. Namun bukan sahaja gamer, malah pengguna biasa juga memerlukan peranti yang senantiasa beroperasi dengan lancar dan tidak tersekat tanpa sebab yang munasabah.

Cip yang memperkuasakan Honor 8 Pro adalah HiSilicon Kirin 960 lapan-teras. Ia memberi keseimbangan diantara kegunaan berprestasi tinggi dan menjimatkan penggunaan bateri. Lebih dari itu, Honor 8 Pro menyertakan RAM sebesar 6GB RAM sekaligus memudahkan pengguna membuka lebih banyak aplikasi pada satu masa tertentu.

Dengan EMUI 5.1

Tidak dinafikan dengan kebolehan untuk melakukan Multitasking, adalah lebih baik sekiranya dua aplikasi dapat dipaparkan secara serentak dan bersebelahan. Menerusi Android Nougat, fungsi ini hadir secara natif dan dengan sistem EMUI 5.1, iaitu sistem antaramuka yang pantas, lancar serta mempunyai kecerdasan buatannya yang tersendiri.

Dengan EMUI 5.1, ia menjadikan penggunaan ini lebih lancar dan pantas malah fungsi Direct Reply memudahkan pengguna untuk membalas mesej terus dari paparan notifikasi. Dan Huawei akan menawarkan kemaskini Android Oreo seawal bulan Disember tahun ini.

Dwi-Kamera 12MP Yang Menyokong Rakaman 4K

Tidak dinafikan peranti telefon pintar sedikit sebanyak berfungsi untuk merakamkan memori-memori setiap hari, dan telah menggantikan kamera berasingan. Lagipun kenapa perlu membawa kamera dan telefon pintar jika anda boleh membawa telefon pintar sahaja yang dilengkapi kamera?

 

Pada Honor 8 Pro, terdapat kamera utama dwi-lensa yang mampu merakam gambar yang cantik, dan turut menyokong rakaman video pada resolusi 4K dan juga 1080p 60fps. Kualiti bokeh yang dihasilkan kamera ini juga cukup menyerlah, dan warna yang dihasilkan tampak vibrant.


Dengan kesemua ciri-ciri diatas, boleh dirumuskan Honor 8 Pro walaupun direka dengan fokus untuk permainan, namun ia sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja walau anda tidak menggunakan fungsi khusus permainan seperti kebolehan merakam skrin sewaktu permainan.

Pendek kata, ia adalah sebuah peranti yang disasarkan untuk pengguna yang mahukan peranti yang cukup berkuasa tanpa perlu berbelanja melebihi RM2,000. Dan kini peranti ini telahpun ditawarkan pada harga RM 1,799 jadi dapatkannya di kedai cawangan rasmi Huawei atau menerusi pengedar sah, atau secara atas talian terus dari vmall.

Beli: Honor 8 Pro di vmall

Penafian: Advertorial Dari Honor Malaysia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 8 Pro – Memenuhi Segala Keperluan Harian Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info