Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Bakal Hadir Dengan Peranti Tersendiri Berasaskan Teknologi Microsoft HoloLens

Microsoft ketika pengumuman produk baru mereka tempoh hari, turut berjaya mencuri perhatian ramai dengan demo HoloLens mereka, iaitu sebuah peranti memfokuskan kepada mixed-reality. Nampaknya, seperti beberapa peranti lain, Microsoft mungkin menawarkan HoloLens sebagai sebuah peranti rujukan – dan turut bekerjasama dengan pengeluar lain dalam penawaran lebih kurang sama.

HoloLens

Mengikut laporan terkini, ia dikatakan Asus dan Microsoft dalam perbincangan untuk hadir dengan peranti seumpama HoloLens, dan menjalankan sistem operasi Windows – seperti dipertontonkan oleh Microsoft sebelum ini.

Perkara ini juga akan membolehkan Microsoft memperluaskan penggunaan platform mereka, dan menarik lebih ramai menggunakan teknologi tersebut dalam pembangunan – sementara Asus pula boleh menyertai arena mixed-reality dengan lebih pantas.

Pada tahun ini sahaja, menyaksikan beberapa pengumuman kerjasama diumumkan, termasuk Samsung Gear VR berasaskan teknologi Oculus, HTC bekerjasama dengan Valve, selain LG yang menawarkan peranti berasaskan Google Cardboard.

Dengan perbincangan Microsoft dengan Asus ini, mungkinkah kita akan melihat lebih ramai pengeluar PC, seperti Acer, Dell dan Lenovo turut bekerjasama dengan Microsoft untuk hadir dengan peranti seumpama HoloLens?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Bakal Hadir Dengan Peranti Tersendiri Berasaskan Teknologi Microsoft HoloLens"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info