Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Xiaomi Mi4c dilancarkan secara rasmi. Setakat ini kita sudah mengetahui ia akan diperkasakan pemproses enam teras Snapdragon 808 dan menggunakan port pengecasan USB-C. Hari ini Lin Bin, presiden Xiaomi memperlihatkan gambar penyesuai USB-C Mi4c yang boleh disambungkan kepada pengecas berkepala Mikro USB biasa. Ini akan memudahkan pengguna untuk melakukan transisi dari penggunaan Mikro USB ke USB-C. Kabel pengecasan lama masih lagi boleh digunakan.
Persoalannya sekarang dengan penggunaan penyesuai adakah ini bermakna USB-C Mi4c hanya akan berfungsi pada kelajuan USB 2.0 dan bukannya USB 3.1? Sebab mengapa USB-C dipilih sebagai standard baru ialah kerana ia mempunyai kadar pemindahan data lebih pantas dan boleh mengalirkan arus pada tahap lebih tinggi. Jika penyesuai sahaja digunakan mengapa bersusah payah menggunakan port USB-C?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "USB-C Xiaomi Mi4c Disertakan Dengan Penyesuai MikroUSB"