Asus Online Store merupakan salah satu platform rasmi yang disediakan oleh Asus dalam usaha memudahkan pengguna mendapatkan peranti terbaru daripada syarikat Taiwan tersebut. Terkini, lanjutan daripada pelancaran Asus Zenfone Selfie dan Zenfone Laser di Malaysia, Asus Malaysia turut telah mula menjual peranti berkenaan di Asus Online Store.
Asus Zenfone Selfie merupakan telefon pintar bersaiz 5.5-inci dengan fokus terhadap selfie. Asus menyertakan kamera hadapan 13-megapixel dengan lampu LED untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar selfie pada resolusi tinggi dan pada keadaan jelas. Kamera belakang 13-megapixel turut disertakan pada peranti ini. Disamping itu, beberapa fungsi dari segi perisian kamera turut disertakan untuk merakamkan gambar selfie yang cantik.
Asus Zenfone Laser pula memfokuskan kepada Laser Auto-Focus, membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan cepat dan jelas menggunakannya. Asus mengatakan ia boleh fokus pada keadaan masa-nyata sepantas 0.2 saat, dan boleh digunakan pada keadaan cahaya malap.
Asus Zenfone Selfie dijual pada harga RM1049, sementara Asus Zenfone Laser pula dijual pada harga RM799. Kedua-duanya kini boleh ditempah melalui Asus Online Store.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Mula Menawarkan Zenfone Selfie Dan Zenfone Laser Melalui Kedai Atas-Talian"