Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Topmix Permeable – Penyelesaian Kepada Masalah Banjir Kilat Kuala Lumpur?

Setiap kali hujan turun dengan lebat, jalan raya di Kuala Lumpur berubah menjadi anak sungai. Ini seterusnya membawa kepada masalah kesesakan lalu lintas yang kronik. Sungguhpun terowong SMART sudah beroperasi sejak 2007, masalah banjir kilat di Kuala Lumpur masih lagi berterusan. Ini adalah kerana sistem saliran yang tersumbat akibat tabiat mulia warga kota membuang sampah merata rata. Kontraktor kelas F yang menutup lubang saliran ketika menurap semula jalan raya turut menambahkan lagi masalah ini. Masalah jelas di sini ialah lubang saliran tertutup ketika diperlukan. Kos selenggara secara kerap pastinya tinggi. Mungkin masalah ini harus diselesaikan dengan berfikir di luar dari kotak.

Topmix Permeable ialah teknologi penurapan jalan raya baru yang dibangunkan oleh Tarmac. Ia adalah konkrit yang membenarkan air mengalir melaluinya terus ke sistem saliran yang di bina di bawah permukaan jalan. Ia membenarkan aliran air sebanyak 600 liter seminit setiap 1 meter persegi. Tiada lagi masalah air bertakung yang menjurus kepada banjir kilat. Di negara beriklim panas, air yang tersimpan di bawah permukaan jalan akan turut bertindak sebagai sistem penyejuk.

Teknologi ini sudah wujud dan sedia digunapakai oleh pelanggan yang berminat. Sekiranya anda mengenali pihak pengurusan DBKL yang mahukan penyelesaian segera kepada masalah banjir kilat, sila lampirkan artikel ini kepada mereka ataupun beritahu secara terus kewujudan Topmix Permeable. Sebagai warga KL yang bosan dengan masalah turun temurun ini kami hanya mahukan penyelesaian yang baik pada kadar segera.

 

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Topmix Permeable – Penyelesaian Kepada Masalah Banjir Kilat Kuala Lumpur?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info