Setiap tahun Malaysia, Indonesia dan Singapura akan mengalami musim jerebu. Pembakaran terbuka di negara jiran menyebabkan udara berbau asap dan kadar pekerja mengambil cuti meningkat. Masalah yang sudah berlarutan selama berpuluh tahun ini tidak kelihatan penyelesaiannya kerana kegagalan pihak pemerintah Indonesia untuk menghalang pembakaran haram. Dalam bahasa Inggeris ada peribahasa berbunyi “jika dunia memberikan kamu limau, kamu buatlah teh-o ais limau”. Oleh itu jika setiap tahun jerebu melanda negara, mungkin kita boleh merubah jerebu menjadi sesuatu yang boleh kita gunakan secara positif.
Carbon Engineering ialah sebuah syarikat dari Kanada dengan idea yang mungkin merubah dunia sumber tenaga alternatif. Sistem penyerap karbon dioksida yang sedang dibangunkan mereka mampu merubah gas rumah hijau ini menjadi sumber minyak di masa hadapan. Sistem kipas gergasi menyedut udara tercemar dari atmosfera dan mengalirkannya ke dalam sistem yang menapis karbon dioksida. Gas yang terlarut kemudian disimpan sebelum diubah menjadi “low carbon crude”. Ini kemudian boleh diproses menjadi bahan api yang boleh digunakan oleh kereta dan kapal terbang. Carbon Engineering merancang untuk membina stesen penyedut karbon dioksida secara besar-besaran menjelang 2018. Stesen ini dijangka dapat menghasilkan 10000 tong minyak mentah setahun dari karbon dioksida.
Kenapa tidak tanam pokok sahaja? Ini mungkin antara soalan yang bakal anda tanyakan. Ruang yang diperlukan untuk menanam pokok bagi menapis pencemaran udara adalah terlalu besar. Stesen serapan karbon dioksida ini boleh dipasang di atas bangunan dan menyerap pencemaran. Ianya teknik sambil menyelam minum air yang mesra alam sekitar. Di masa hadapan jika masalah jerebu masih berlaku, pengusaha stesen serapan karbon di Singapura, Indonesia dan Malaysia akan berterima kasih kerana sumber rezeki mereka akan meningkat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sumber Minyak Dari Jerebu Semakin Hampir Menjadi Kenyataan"