Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SNAPSTYK – Cangkerang Dengan Kayu Selfie 11″ Terbina Boleh Lipat

Semakin banyak peranti di pasaran sekarang mempunyai kamera hadapan dengan saiz sensor yang besar untuk mengambil gambar selfie yang baik. Sokongan flash bahagian hadapan juga semakin popular seperti yang wujud pada Asus Zenfone Selfie. Ini sekaligus membuatkan jualan kayu selfie semakin meningkat di kalangan mereka yang narsis.

SNAPSTYK-1

SNAPSTYK ialah cangkerang telefon pintar yang mempunyai kayu selfie terbina. Kayu selfie sepanjang 11″ ini boleh dilipat dengan kemas apabila tidak diperlukan. Fungsi butang Bluetooth terbina disertakan bagi memudahkan operasi kamera. Cangkerang ini direka untuk kegunaan iPhone 6 dan Galaxy S6. Harga jualan pula ialah $30 sebuah. Harga yang munasabah kerana anda tidak perlu bersusuah payang memasang peranti pada hujung kayu selfie dan meninggalkannya selepas digunakan.

SNAPSTYK-2

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SNAPSTYK – Cangkerang Dengan Kayu Selfie 11″ Terbina Boleh Lipat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info