2015 bukanlah tahun yang baik untuk Qualcomm. Masalah pemanasan melampau melanda pemproses Snapdragon 810 yang dikeluarkan mereka menyebabkan nama baik syarikat ini tercalar. Tahun hadapan mereka dilaporkan akan melancarkan pemproses baru Snapdragon 820. Pemproses baru ini sedang menjalani proses percubaan oleh beberapa pengeluar dan maklum balas yang diterima adalah positif. Qualcomm mendakwa Snapdragon 820 yang berfungsi pada 2.2 GHz adalah dua kali ganda lebih berkuasa dan dua kali ganda lebih menjimatkan penggunaan bateri jika dibandingkan dengan Snapdragon 810.
Ini adalah kerana penggunaan teras CPU baru yang diberi nama Kryo. Penggunaan GPU Adreno 530 pula memberi peningkatan kemampuan grafik sebanyak 40% berbanding Adreno 430 yang digunakan pada Snapdagon 810. Penjimatan penggunaan bateri dicapai kerana perubahan proses pengilangan dari saiz 24 mm ke 14 mm finFET. Ini sekaligus meletakkan Snapdragon 820 setanding dengan Exynos 7420 yang dihasilkan oleh Samsung. Seperkara lagi yang menarik mengenai Snapdragon 820 ialah sistem pertahanan menentang malware terbina Qualcomm Smart Protect meningkatkan lagi keselamatan data pengguna dari penggodam.
Qualcomm Snapdragon 820 dijangka akan memasuki pasaran pada awal 2016. Sejauh manakah dakwaan Qualcomm ini akan menjadi kenyataan hanya boleh diketahui tahun hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snapdragon 820 Dikatakan Dua Kali Ganda Lebih Berkuasa Dari 810 Dan Menjimatkan Bateri"