PUTRI MARDIANA DIKENAKAN WARAN TANGKAP BAHARU
Sebelum ini, Putri Mardiana merasa terkejut dan memberi seribu satu alasan apabila beliau dikenakan waran tangkap kerana gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah buat kali kedua untuk perbicaraan kes khalwat beliau bersama kekasihnya Shahrizam Abdullah (Ejump).
Kali ini, beliau tidak boleh lari lagi selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan Ejump kerana masih lagi berdegil dan tidak hadir pada sebutan kes khalwat mereka.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.
Klik gambar untuk size besar
<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PUTRI MARDIANA DIKENAKAN WARAN TANGKAP BAHARU"