Disamping memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Pro, pihak Meizu juga turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah aksesori tambahan, iaitu sebuah penghala (router) bersaiz mini.
Seperti Xiaomi, Meizu dijangka menawarkan peranti ini untuk pasaran China buat masa ini, dimana ia hadir pada saiz telapak tangan, dan pengguna boleh menghubungkan ia terus ke palam kuasa untuk menggunakannya. Meizu mengatakan mereka berjaya menjadikan ia pada saiz sedemikian berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembangunan peranti mudah-alih sebelum-sebelum ini.
Meizu Mini Router ini hadir dalam dua variasi, iaitu satu hanya menyokong sehingga pemancaran gelombang 2.4G sahaja, sebaliknya satu lagi variasi hadir menyokong rangkaian 5G.
Ia akan dipasarkan di China bersama-sama dengan Meizu Pro 5 ini, bermula pada harga RMB99 untuk 2.4G (~RM68) dan RM169 untuk 5G (~RM115).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Memperkenalkan Router Bersaiz Mini Untuk Pasaran China"