Kad grafik yang digunakan pada komputer riba selama ini adalah versi kurang berkuasa jika dibandingkan dengan versi desktop. Hang ruang di dalam komputer riba dan masalah penyejukan membuatkan komputer riba khas untuk permainan tidak akan setanding dengan sebuah komputer desktop walaupun dijual pada harga lebih murah.
Nvidia baru sahaja mengumumkan bahawa kad grafik terbaik mereka Geforce GTX 980 kini boleh digunakan pada komputer riba. Permainan terkini seperti The Witcher III dan MGSV : The Phantom Pain boleh dimainkan pada komputer riba pada tetapan paling tinggi. Selain sokongan permainan paling berkuasa, komputer riba yang menggunakan Gefore GTX 980 juga boleh digunakan bersama Oculus Rift. Setakat ini Nvidia sudah mengumumkan enam model komputer riba yang dilengkapi kad grafik ini. Komputer riba tersebut adalah Aorus X7 DT, Clevo P870DM, ClevoP775DM, MSI GT72, MSI GT80 dan Asus GX700VO. Asus GX700VO ialah komputer riba pertama dengan sistem penyejukan cecair.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GPU Nvidia Geforce GTX 980 Kini Digunakan Pada Komputer Riba"