Dua telefon pintar daripada Apple, iaitu iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus mula dijual di beberapa negara, termasuk di Singapura bermula hari ini. Perkara ini juga turut membuatkan beberapa penjual tempatan untuk mula membawa masuk kedua-dua telefon berkenaan ke pasaran Malaysia, dan menjualnya kepada peminat tempatan.
iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus – kedua-duanya hadir dengan pelbagai speksifikasi terkini dan juga penaik-tarafan pada kamera yang menyokong rakaman 4K. Salah satu perkara yang menjadi fokus utama Apple pada kedua-dua peranti ini adalah sokongan Force Touch – dimana pengguna boleh menekan skrin untuk memperlihatkan menu tambahan untuk akses beberapa perkara dengan lebih pantas.
Melalui Lazada, mereka menawarkannya pada harga dengan diskaun yang berbeza-beza – mungkin berdasarkan kepada stok yang dipunyai oleh mereka. Lazada menyenaraikan iPhone 6S 128GB pada harga serendah RM3779 (selepas diskaun daripada RM7999), dan harga setinggi RM8838 (RM7288 selepas diskaun) untuk iPhone 6S Plus 128GB Rose Gold.
Selain Lazada, beberapa pihak lain turut menawarkannya, termasuk BeMalas dan sebagainya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Menyenaraikan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus Pada Harga Melangkaui RM8800"