Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laser Untuk Pesawat Tempur Akan Digunakan Tentera Udara Amerika Syarikat Menjelang 2020

Pada tahun 2020 Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju, tiada lagi kepincangan dan kemewahan rata dirasai. Ini ialah impian yang dikejar Wawasan 2020 sejak ia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991 sempena Rancangan Malaysia Ke-Enam. Di Amerika mereka mempunyai wawasan yang berbeza menjelang 2020. Mereka bercadang melengkapkan pesawat pejuang mereka dengan senjata laser menjelang tahun tersebut.

HELLADS-laser

High Energy Liquid Laser Area Defense System (HELLADS) ialah sistem laser dengan kuasa 150 kW. Ianya dibangunkan oleh General Atomics dan sedang menjalani proses pengecilan bagi membolehkan ia turut dipasang pada dron Predator menjelang 2018. Proses pengecilan saiz HELLADS adalah bagi membolehkannya dipasang sebagai pod tambahan yang dibawa di bahagian luar pesawat pejuang. Sebagai perbandingan sistem laser anti serangan mortar HELMD yang sedanmg diuji tentera darat Amerika Syarikat mempunyai kuasa 10 kW dan memerlukan sebuah lori untuk mengangkatnya ke medan perang. Sistem laser ini diharap boleh digunakan untuk memintas serangan misil, memusnahkan dron dan menembak jatuh pesawat pejuang musuh dengan kos lebih murah berbanding penggunaan misil. Dengan kata lain sistem laser di dalam kartun GI Joe dan filem Star Wars kini semakin hampir menjadi realiti.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Laser Untuk Pesawat Tempur Akan Digunakan Tentera Udara Amerika Syarikat Menjelang 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info