Google sebelum ini telah memperkenalkan codec VP9 untuk video atas-talian yang membolehkan penggunaan jalur-lebar untuk tayangan dan penstriman dikurangkan hampir separuh berbanding kebiasaan, tanpa menghilangkan kualitinya. Kini, perkara sama ingin dicapai mereka melalui pengenalan VP10 kelak.
Codec untuk VP10 ini dijangka siap dalam masa lebih kurang dua tahun lagi, dan lebih memfokuskan kepada video 4K dan beresolusi tinggi, tanpa menghilangkan kualitinya. Sebelum ini, codec VP9 hanya menggunakan separuh daripada jalur-lebar yang diperlukan H.264 untuk menawarkan kualiti sama – sekaligus menjadikan ia salah satu codec mesra internet dan diminati ramai.
Google juga turut mengatakan ia kelak akan menawarkan gambar yang lebih tajam, warna yang lebih baik, dan penawaran video yang lebih baik secara menyeluruh menggunakan VP10.
Dengan video yang semakin banyak dikongsi dari hari ke hari, ini merupakan salah satu perkara yang diberikan perhatian oleh lebih ramai pihak, dimana selain daripada kos terhadap pengguna dari segi jalur-lebar, ia juga turut boleh menjimatkan kos untuk pembangun dan penyedia perkhidmatan dari segi penggunaan jalur-lebar pada pelayan mereka, selain penggunaan storan untuk menyimpannya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Ingin Mengurangkan Penggunaan Jalur-Lebar Untuk Video 4K Secara Drastik Melalui VP10"