Facebook hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan rekaan antaramuka baru untuk Facebook Notes. Seperti ramai sedia maklum, antaramuka baru ini telah diperlihatkan beberapa minggu yang lepas – membawakan paparan yang lebih kurang menyerupai apa yang digunakan oleh Medium.
Melalui rekaan antaramuka Facebook Notes yang baru ini, ia dilihat Facebook memfokuskan kembali kepada perkongsian dan penerbitan melalui platform mereka. Pada hari ini, ramai yang membuat perkongsian status yang panjang lebar dalam berkongsi kisah mereka – dan mungkin dengan penawaran baru Facebook Notes ini, ia akan membuatkan lebih ramai menggunakannya untuk berkongsi kisah dan pandangan mereka.
Membezakan berbanding sebelumnya, Facebook Notes baru ini membolehkan pengguna menambah cover-photo, menambah kapsyen pada gambar, mengubah format teks, menambah senarai dan quote.
Pengenalan Facebook Notes baru ini dilakukan secara berperingkat, dan semua pengguna dijangka menerimanya dalam masa terdekat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Facebook Notes Untuk Semua"