Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron MQ-9 Guardian Akan Mempunyai Kemampuan Memburu Kapal Selam

MQ-9 Guardian ialah dron versi kawalan lautan MQ-9 Reaper yang digunakan oleh pihak tentera. Guardian dilengkapi sistem radar yang direka khas untuk mengesan penyeludupan. Ianya dibangunkan oleh General Atomics untuk kegunaan Jabatan Kastam dan Kawalan Sempadan Amerika Syarikat. Dron ini kini diubahsuai untuk menjadi pesawat memburu kapal selam untuk kegunaan Tentera Laut United Kingdom. Pod pelancar sonobuoy boleh dipasang pada sayap pesawat bagi mengesan lokasi kapal selam.

MQ9 Guardian dron

United Kingdom sedang mengurangkan perbelanjaan ketenteramannya dan sedang mencari pesawat yang mampu menggantikan pesat anti kapal selam Hawker Siddeley Nimrod yang dihentikan operasinya pada tahun 2011. Pencerobohan kapal selam milik Russia yang semakin meningkat memaksa kerajaan UK untuk menyegerakan projek mencari pesawat gantian yang mampu melakukan tugas yang sama. Pesawat Boeing P-8 Poseidon (yang digunakan untuk mencari MH370) adalah antara calon pengganti Nimrod tetapi dijual kos yang tinggi melambatkan proses pembelian. Penggunaan dron mula diambil secara serius kerana bukan sahaja kos operasi lebih rendah malahan . Sebuah Guardian mampu beroperasi berterusan selama 10 jam dengan jarak penerbangan sehingga 3500 kilometer. Prototaip dron pemburu kapal selam ini dijangka akan akan melakukan penerbangan ujian pada hujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron MQ-9 Guardian Akan Mempunyai Kemampuan Memburu Kapal Selam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info