Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Akan Membuka Pra-Tempahan Untuk iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Pada 9 Oktober

Apple semalam telah mengumumkan akan mulakan jualan telefon pintar terbaru mereka, iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus di Malaysia bermula 16 Oktober kelak. Hari ini, syarikat telekomunikasi Digi mengatakan yang mana mereka akan menawarkannya, dan pra-tempahan untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan akan dimulakan seminggu sebelumnya, iaitu pada 9 Oktober kelak.

iPhone 6S

Selain daripada Digi, Maxis dan juga Celcom turut dijangka akan melakukan perkara sama dan mungkin akan memulakan pra-tempahan pada tarikh yang sama.

Disamping melalui syarikat telekomunikasi, pengguna juga turut boleh mendapatkan iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus daripada pengedar Apple tempatan seperti Machines.

Harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar ini masih tidak diumumkan buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Akan Membuka Pra-Tempahan Untuk iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Pada 9 Oktober"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info