Dengan perkembangan arena teknologi dan automotif, salah satu perkara yang menjadi fokus ramai pengeluar selain daripada pembangunan kenderaan yang dipandu automatik, adalah kenderaan elektrik. Terkini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengumumkan kerjasama dengan Nanyang Technological University (NTU) untuk pembangunan kereta elektrik.
Melalui kerjasama ini, antara perkara yang akan dilakukan oleh UKM adalah pembangunan teknologi bateri untuk digunakan pada kenderaan elektrik, selain turut membangunkan sistem pengurusan bateri untuknya.
Selari dengannya, UKM juga turut akan membuat kajian berkenaan pengurusan termal, dan juga infrastruktur untuk pengecasan kenderaan.
UKM mengatakan ia merupakan salah satu perkara penting untuk membangunkan bateri Li ion yang bersaiz kecil, serta tidak mengambil ruangan besar pada kenderaan. Buat masa ini, mereka sedang mengkaji penggunaan pelbagai bahan untuk membangunkan bateri, dan ingin mencapai jarak perjalanan sehingga 200 kilometer dengan pengecasan selama 15 minit.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UKM Akan Membangunkan Teknologi Bateri Dan Sistem Pengurusan Bateri Untuk Kenderaan Elektrik"