Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – SmartBand 2

Sony hari ini telah memperkenalkan gelang-tangan pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai SmartBand 2, dan memfokuskan kepada kecergasan. SmartBand 2 ini hadir sebagai kemaskini untuk keluarga SmartBand sebelumini, tetapi kali ini turut menyertakan sokongan sensor denyutan jantung terbina.

Sony SmartBand 2

Melalui SmartBand 2, pengguna boleh mengetahui gerakan mereka setiap hari seperti langkah perjalanan dan sebagainya, selain turut mengetahui kadar denyutan jantung mereka.

Disamping itu, Sony SmartBand 2 ini turut membolehkan pengguna menerima notifikasi seperti panggilan, SMS ataupun emel. Ia memaparkannya melalui notifikasi secara getaran dan juga LED.

Sony SmartBand 2 ini menyokong pengguna iPhone dan juga Android, dan akan mula ditawarkan bermula bulan September 2015 ini. Ia membawakan tanda harga jualan $150 (~RM620) di Amerika Syarikat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – SmartBand 2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info