Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selain Samsung, LG Juga Akan Menawarkan Kemaskini Sekuriti Android Setiap Bulan

Beberapa hari yang lepas, Samsung telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini Android secara berkala setiap bulan – terutamanya memfokuskan kepada sekuriti. Selain Samsung, Google turut telah mengumumkan perkara sama untuk peranti Nexus, dan kini LG turut mengumumkan perkara sama.

LG mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti secara bulanan, dan mereka akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan pengguna menerimanya serta-merta.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna peranti LG kekal selamat daripada pelbagai ancaman sekuriti semasa – apatah lagi dengan arena digital kini yang memperlihatkan pelbagai penganalisa bebas hadir dengan penemuaan masalah sekuriti baru hampir setiap minggu.

Mungkinkah selain daripada Samsung dan LG, lebih ramai pengeluar akan mengikut jejak langkah ini untuk peranti Android mereka?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Selain Samsung, LG Juga Akan Menawarkan Kemaskini Sekuriti Android Setiap Bulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info