Sony PlayStation 4 ialah konsol yang paling berkuasa di pasaran sekarang dengan kualiti grafik yang mengagumkan. Tetapi jumlah permainan masih lagi sedikit dan sekiranya anda seperti saya seorang penggila permainan retro, kini anda boleh memainkan Mega Man 1 sehingga 6 pada konsol ini. Sony dan Capcom baru sahaja melancarkan Mega Man Legacy Collection yang mengumpulkan enam permainan pertama yang kini dianggap klasik. Ia boleh dimuat turun pada harga $14.99. Grafik diperbaharui dengan resolusi HD.
Terdapat fungsi muzium yang mengumpulkan lukisan konsep dan lakaran awal watak-watak di dalam permainan ini. Kesemua audio muzik juga boleh didengari menggunakan fungsi Music Player dan akhir sekali mod Challenges yang akan menguji kehebatan anda bermain permainan ini. Jika anda mahukan nostlagia silalah memuat turun permainan ini dari PlayStation Network.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mega Man Legacy Collection Dilancarkan Untuk PlayStation 4 – Mengumpulkan Mega Man 1-6"