Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Leagoo Melancarkan Tiga Telefon Pintar Dibawah Siri Elite Di Malaysia – Harga Bermula RM499

Leagoo merupakan salah satu jenama telefon pintar dari China, dimana mereka telah mula menawarkan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia sejak daripada tahun lepas. Terkini, mereka turut menambah koleksi penawaran peranti mereka dengan melancarkan siri telefon pintar Leagoo Elite untuk pasaran tempatan.

Leagoo Elite hadir dalam tiga variasi peranti, iaitu Elite 1, Elite 4 dan juga Elite 5. Ketiga-tiganya akan hadir pada penghujung bulan Ogos ini.

Leagoo Elite 1 merupakan telefon pintar utama dan menjadi fokus utama mereka ketika pengenalan. Ia hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, rekaan berasaskan logam, dan sebuah butang pintar pada bahagian tepi untuk akses pantas untuk multi-function.

Leagoo Elite Malaysia

Leagoo Elite 4 pula merupakan peranti berspesifikasi sedikit rendah – hadir dengan skrin 5-inci, storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Leagoo Elite 5 pula menggunakan cip lapan-teras dengan memori 2-GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Leagoo Elite 1 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna – hitam, putih dan emas bermula 5 September ini pada harga RM999. Leagoo Elite 4 dan Leagoo Elite 5 pula akan dijual bermula penghujung Ogos, masing-masing pada harga RM499 dan RM599.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip lapan-teras 1.3Ghz, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Leagoo Melancarkan Tiga Telefon Pintar Dibawah Siri Elite Di Malaysia – Harga Bermula RM499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info