Kehidupan di dunia serba pinta memerlukan kelengkapan yang pintar. Oleh itu beg galas pintar iBackPack dicipta khas untuk memastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia atas talian. Ia dilengkapi sistem GPS, WiFi, pembesar suara dan power bank.Sekiranya ia dicuri aplikasi khas yang disertakan boleh diaktifkan. Sistem penggera terbina akan berbunyi dan pemilik boleh mengesan lokasi beg yang dicuri.
Dua buah power bank mempunyai kapasiti sehingga 40000 mAh digunakan dengan empat sambungan USB 3.0 kalis air terletak pada bahagian bawah beg. Sistem audio Bluetooth membolehkan anda mendengar muzik terus dari beg. Sistem WiFi hotspot terbina pula memastikan anda tidak tercari-cari WiFi percuma di tempat awam yang boleh membahayakan keselamatan anda.
iBackPack sedang mencari dana untuk penghasilan secara komersial. Harga beg paling asas ialah $149 sebuah. Aplikasi khas yang disertakan hanya menyokong peranti Android dan iOS buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iBackPack – Beg Pintar Dengan GPS, WiFi, Pembesar Suara dan Power Bank Terbina"