Asus Malaysia pada hari ini telah melancarkan beberapa telefon pintar baru untuk pasaran tempatan dibawah keluarga Zenfone, iaitu Asus Zenfone Selfie, Asus Zenfone 2 Laser dan juga Asus Zenfone 2 Deluxe.
Ketiga-tiga telefon ini hadir dengan penawaran dan kelebihan khusus yang berbeza, dan membawakan sedikit ciri tambahan berbanding dengan Asus Zenfone 2 versi biasa.
Asus Zenfone Selfie merupakan telefon pintar daripada Asus memfokuskan selfie – hadir dengan kamera hadapan 13-megapixel yang turut dilengkapi dengan sokongan lampu LED Flash. Disamping itu, beberapa mod rakaman khusus turut disertakan dalam menjadikan rakaman gambar menggunakan telefon pintar berskrin 5.5-inci ini lebih baik. Zenfone Selfie ini dijana menggunakan cip Snapdragon 615, dan turut menggunakan sensor kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.
Asus Zenfone 2 Deluxe pula memfokuskan kepada saiz ruangan storan yang besar, iaitu hadir dengan ruangan storan bersaiz 128GB secara terbina. Zenfone 2 Deluxe ini turut menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan cip Intel Atom Z3580, memori 4GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia tuurt dilengkapi fungsi dwi-SIM dan juga sokongan Asus BoostMaster yang membolehkan pengecasan pantas dilakukan menggunaknnya.
Dan akhir sekali, telefon pintar yang turut diperkenalkan untuk pasaran Malaysia adalah Asus Zenfone 2 Laser. Untuk Asus Zenfone 2 Laser, ia memfokuskan kepada rakaman gambar pantas dengan menggunakan Laser Auto-Focus. Asus Zenfone 2 Laser ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 64-bit, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
Di Malaysia, Asus Zenfone Selfie berharga RM1049, Asus Zenfone 2 Deluxe berharga RM1599, dan Asus Zenfone 2 Laser berharga RM799.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone Selfie, Zenfone 2 Laser Dan Zenfone 2 Deluxe Dilancarkan Di Malaysia"