Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Memperkenalkan Instant Games – Memainkan Permainan HTML5 Terus Dalam Messenger

Facebook sejak mengasingkan Messenger sebagai platform tersendiri, mereka telah memperkenalkan pelbagai fungsi padanya. Hari ini, mereka memperkenalkan sokongan Instant Games, membolehkan para pengguna memainkan permainan berbentuk HTML5 dan bersaing dengan rakan-rakan terus melalui Facebook Messenger, atau pada News Feed.

Facebook Instant Games

Pengguna juga turut boleh memainkannya serta-merta tanpa perlu memasang atau memuat-turun sebarang permainan seperti kebiasaan. Sebanyak 17 permainan ditawarkan pada hari ini, termasuk antaranya adalah Pac-Man, Space Invaders, Words with Friends, dan beberapa yang lain.

Pengguna boleh memainkannya pada web, atau pada aplikasi di Android dan juga iOS. Sebaik sahaja habis memainkannya, pengguna boleh berkongsi skor – serta mencabar rakan-rakan lain.

Buat masa ini, sokongan Instant Games ini diperkenalkan di lebih kurang 30 buah negara sahaja. Facebook mengatakan permainan yang ditawarkan akan diperluaskan dari masa ke semasa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Instant Games – Memainkan Permainan HTML5 Terus Dalam Messenger"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info