Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Music Kini Mempunyai 11 Juta Pengguna Aktif

Apple MusicPerkhidmatan pentsriman audio Apple Music kini sudah dilancarkan selama enam minggu. Hari ini Apple mengumumkan perkhidmatan penstriman ini mempunyai sekurang-kurangnya 11 Juta pengguna aktif. Dari 11 juta ini 2 juta adalah pengguna Family Plan yang membenarkan sehingga 6 orang pengguna berkongsi satu akaun. Setakat ini Apple berpuas hati dengan jumlah pengguna tetapi masih mensasarkan 100 Juta pengguna aktif di masa hadapan. Apple Music akan kekal percuma sehingga akhir bulan September jadi adalah menarik untuk melihat berapa ramai pengguna akan membayar untuk perkhidmatan ini.

Sebagai perbandingan Spotify mempunyai 75 juta pengguna aktif dengan 20 juta pengguna berbayar. Deezer mempunyai 16 juta pengguna aktif dengan 6 juta berbayar. Tidal pula mempunyai 770 000 pengguna berbayar sejak dilancarkan Mac tahun ini. Kepada pembaca yang sudah mencuba Apple Music adakah anda akan melanggani perkhidmatan ini selepas tamat tempoh percubaan? Saya selesa dengan Spotify Premium kerana lebih mudah digunakan pada telefon pintar, komputer, tablet dan PlayStation saya di rumah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Music Kini Mempunyai 11 Juta Pengguna Aktif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info