Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbus Mempatenkan Pesawat Yang Mampu Memecut Melebihi 5000 Kilometer Sejam

Pesawat penerbangan komersial terpantas pernah wujud ialah Concorde yang berkhidmat dari 1976 sehingga 2003. Ia mampu memecut sehingga 2179 kilometer sejam dan penerbangan dari London ke New York hanya mengambil masa 3 jam. Pada penerbangan biasa masa yang diambil adalah hampir 8 jam. Selepas bersara 12 tahun yang lalu, tiada pesawat yang menggantikan tempatnya walaupun keperluan penerbangan pantas trans-Atlantik masih diperlukan.

Airbus baru-baru ini memfailkan paten pesawat pantas mereka yang mampu terbang dua kali ganda lebih pantas berbanding sebuah Concorde. Pesawat bersayap delta ini diperkasakan oleh tiga jenis enjin. Dua enjin turbojet pada bahagian bawah tubuh pesawat digunakan untuk terbang dan mendarat. Enjin roket pada buritan pula digunakan untuk memberikan tujahan bagi membawa pesawat tinggi ke lapisan atmosfera. Kemudian dua enjin Ramjet akan diaktifkan bagi menujah pesawat kepada kelajuan Mach 4.5 (5512 kmj) pada ketinggian 30 kilometer dari aras laut.

Pada kelajuan ini perjalanan dari London ke New York akan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Sungguhpun paten telah difailkan, teknologi pesawat haipersonik ini mungkin hanya menjadi realiti dalam masa 30 tahun. Kos mengendalikan pesawat seperti yang dipatenkan ini pastinya mahal dan harga tiket juga pastinya tidak mampu dibayar kebanyakan pengguna. Sebelum ini ada juga kami paparkan paten tingkap pesawat interaktif yang turun difailkan oleh Airbus.

Airbus-Paten-Haipersonik



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Airbus Mempatenkan Pesawat Yang Mampu Memecut Melebihi 5000 Kilometer Sejam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info