Bagi anda yang sering berlari atau berjogging, anda mungkin pernah mendengar atau menggunakan aplikasi Runtastic. Runtastic telah dimulakan sekitar tahun 2009 yang lepas, dan ditawarkan untuk peranti mudah-alih, selain turut mempunyai peranti boleh-pakai tersendiri.
Hari ini, ia diumumkan secara rasminya, pembangun Runtastic telah pun diambil-alih oleh Adidas Group. Runtastic sedia mempunyai kepakaran dalam pembangunan aplikasi dan teknologi digital, sementara dengan bantuan daripada Adidas, ia membolehkan mereka terus membangunkan dan menguji pelbagai perkara berkaitan dunia kecergasan dan sukan.
Runtastic akan kekal sebagai entiti berasingan didalam Adidas Group dan beroperasi daripada pejabat sedia ada.
Runtastic tidak mengumumkan harga pengambil-alihan mereka, tetapi ia dikatakan sekitar $240 juta (~RM932 juta).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adidas Mengambil-Alih Aplikasi Kecergasan Popular, Runtastic"