Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Malaysia Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 22 Julai – Xiaomi Mi Note?

Xiaomi hari ini telah mula menghantar emel jemputan mereka untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 22 Julai kelak. Apakah produk yang bakal diumumkan masih tidak dikongsikan pihak Xiaomi, tetapi berkemungkinan besar ia adalah Xiaomi Mi Note yang telah dilancarkan pada bulan Januari lepas.

Xiaomi 22 Julai

Xiaomi Mi Note telah dilancarkan sebagai phablet berspesifikasi tinggi dan dalam keluarga flagship. Ia merupakan antara peranti yang cantik, serta membawakan bahagian tepi melengkung sedikit untuk menjadikan ia selesa dipegang pada tangan.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi NOte dijana menggunakan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, kamera hadapan 4-ultrapixel, kamera belakang 13-megapixel dengan OIS serta skrin bersaiz 5.7-inci. Ia turut membawakan sokongan audio HiFi, serta menggunakan rekaan kaca pada bahagian hadapan dan belakang.

Xiaomi Mi Note ini menyokong dwi-SIm dan kedua-duanya menyokong rangkaian 4G LTE.

Xiaomi telah mulakan jualan Mi Note di luar China baru-baru ini, dan jika benar, maka kita akan dapat melihat Mi Note dilancarkan di Malaysia pada 22 Julai ini.

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Malaysia Menjadualkan Pengumuman Produk Baru Pada 22 Julai – Xiaomi Mi Note?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info