Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amanz Raya – Menangi Galaxy Tab A 8.0 Dengan S-Pen Daripada Samsung

Samsung Galaxy Tab A telah dilancarkan dalam dua variasi untuk pasaran Malaysia pada penghujung bulan April 2015 yang lepas. Jika anda masih belum berkesempatan untuk mendapatkannya sebelum ini, kini anda berpeluang memenangi satu untuk anda bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini – terima kasih kepada Samsung Malaysia.

Galaxy Tab A merupakan tablet terbaru daripada Samsung, dimana ia hadir dengan nisbah skrin 4:3, selain turut hadir dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan anda melakukan input dan melakar menggunakannya. Galaxy Tab A juga hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan untuk dikendalikan menggunakan sebelah tangan.

Galaxy Tab A 8.0 ini hadir dengan skrin 8-inci pada resolusi 1024×768 pixel, menggunakan cip Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia turut dilengkapi sokongan rangkaian LTE selain daripada WiFi. Untuk bateri, ia membawakan bateri berkapasiti 4200mAh, selain ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Untuk memenangi Galaxy Tab A 8.0 bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, anda hanya perlu tinggalkan komen dibawah berkenaan kaedah kreatif yang akan anda gunakan Galaxy Tab A bersempena hari raya ini. Komen kreatif akan dipilih secara rawak untuk membawa pulang Galaxy Tab A 8.0. Pemenang akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Giveaway ini akan berterusan sehingga penghujung hari raya ketiga.

Seperti biasa, hadiah akan dihantar ke sebarang alamat di Malaysia sahaja. Komen rawak yang dipilih perlulah dalam bahasa Malaysia.

Samsung Galaxy Tab A 20150508_122003



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amanz Raya – Menangi Galaxy Tab A 8.0 Dengan S-Pen Daripada Samsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info