Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar mendapat sambutan hangat. Dianggarkan sebanyak 12 000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar ini sejak diperkenalkan 11 Julai yang lalu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa kurang dari 6 jam. Ini adalah lebih pantas berbanding memandu sendiri menggunakan kenderaan bermotor.
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad mengumumkan sekarang mereka merancang memberikan perkhidmatan WiFI percuma kepada penumpang ETS di masa hadapan. Mereka menyedari WiFi adalah antara perkhidmatan yang diperlukan penumpang bagi menghilangkan perasaan bosan ketika menaiki tren. Pada masa yang sama KTMB turut mempunyai perancangan melancarkan aplikasi peranti pintar KTM MobTicket bagi membolehkan penumpang membeli tiket keretapi ETS di atas talian. Bilakah kedua-dua perkhidmatan ini akan dilancarkan tidak pula diumumkan.
Ini adalah perkembangan yang baik bagi pihak KTMB. Selama ini perkhidmatan keretapi dilihat sebagai sistem pengangkutan yang sudah agak ketinggalan. Dengan adanya WiFi mungkin lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan ETS. Penghasilan aplikasi telefon pintar juga sudah menjadi keperluan sekarang kerana ia lebih mudah dari beratur di kaunter tiket.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WiFi Percuma Dan Aplikasi Peranti Pintar Bakal Dilancarkan KTM Untuk Perkhidmatan Keretapi ETS"