Sembang Maniac

Sembang-sembang je

UniFi 30Mbps Kini Ditawarkan Di Semua Lokasi Dengan Sokongan UniFi Sedia Ada

Telekom Malaysia telah memulakan penawaran UniFi 30Mbps pada bulan April yang lepas, dan kini, penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia tersebut telah pun mula menawarkan rangkaian internet berkelajuan tinggi dengan pakej 30Mbps tersebut kepada semua pengguna seluruh Malaysia yang diliputi dengan rangkaian UniFi.

UniFi 30 ditawarkan pada harga RM210.94 sebulan – yang mana lebih murah daripada penawaran VIP20, dan membawakan tanda harga menyerupai VIP10 sedia ada. Perkara ini adalah disebabkan oleh beberapa perbezaan yang dibawakan oleh pakej ini.

UniFi 30

Salah satunya adalah penawaran kelajuan perkhidmatan. Untuk UniFi 30, Telekom Malaysia menawarkan kelajuan muat-turun 30Mbps, tetapi muat-naik hanya 5Mbps sahaja – berbeza dengan pakej VIP mereka yang mana menawarkan kadar kelajuan muat-turun dan naik yang selari. Disamping itu, untuk UniFi 50, Telekom Malaysia menawarkan kelajuan muat-turun 50Mbps dan muat-naik hanya 10Mbps pada harga bulanan RM263.94 (sama harga dengan VIP20).

Satu lagi perbezaan adalah panggilan dari talian tetap ke talian tetap yang lain yang tidak lagi percuma, sebaliknya dikenakan caj sebanyak 21 sen seminit.

Walaubagaimanapun, pihak Telekom Malaysia dilihat menawarkan pakej Vernacular Pack bersama-sama saluran biasa untuk HyppTV yang tidak ditawarkan untuk pakej VIP.

Unifi 30Mbps

Unifi 30Mbps

Beberapa pelanggan pakej VIP10 dilihat telah mula menerima panggilan daripada Telekom Malaysia untuk menaik-taraf pakej mereka kepada UniFi 30 ini, dan mungkin jika anda sendiri berminat boleh berkunjung ke TM Point terdekat untuk menaik-taraf pakej anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UniFi 30Mbps Kini Ditawarkan Di Semua Lokasi Dengan Sokongan UniFi Sedia Ada"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info