Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy A8 Dilancarkan Secara Rasmi Di China – Menyertakan Pengimbas Cap Jari

Samsung hari ini telah menambah satu lagi telefon pintar dibawah keluarga A. Pada awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy A3, Galaxy A5, dan juga Galaxy A7. Ini merupakan kali pertama Samsung memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Galaxy A dengan penggunaan nombor genap – iaitu 8.

Galaxy A8 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD penuh. Samsung menggunakan panel AMOLED pada telefon pintar ini untuk paparan yang jelas. Seperti kebanyakkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan baru-baru ini, Galaxy S8 turut menggunakan cip Snapdragon 615 padanya.

Samsung Galaxy A8

Galaxy A8 turut menyertakan salah satu ciri premium, iaitu sokongan pengimbas cap jari. Ini mungkin merupakan antara peranti yang menawarkan sokongan pengimbas cap jari pada telefon berspesifikasi pertengahan.

Lain-lain spesifikasi yang dibawakan adalah termasuk memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD, sokongan rangkaian 4G LTE dan dijana menggunakan bateri berkapasiti 3050mAh.

Untuk rakaman gambar, Samsung menawarkan kamera belakang 16-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel.

Samsung Galaxy A8 hanya dilancarkan di China sahaja buat masa ini, dan ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan memperluaskan penawarannya untuk pasaran antarabangsa ataupun tidak.

Samsung Galaxy A8



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy A8 Dilancarkan Secara Rasmi Di China – Menyertakan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info